Tourist Thailand Pilih Alor Setar
Jeti Pekan Cina
Alor Setar kini menjadi destinasi pilihan buat pelancong dari negara Thailand. Pengguna Tiktok dari Thailand, Nicky Lim telah berkongsi perjalanan beliau di Alor Setar selama satu hari.
Tontonan di Tiktok beliau telah mencecah sebanyak 109,400 view dan tontonan di FB Discover Alor Setar pula 87,000 view. Posting tersebut juga menjadi viral dalam kalangan pengguna FB dari Thailand yang turut berkongsi video tersebut di FB mereka.
Nicky berkongsi tempat yang dilawati di Alor Setar seperti, Masjid Zahir, Pekan Cina & Pekan Melayu, Dataran Bandar Alor Setar, cafe sekitar Pekan Melayu dan Street Art.
Frame of Alor Setar
Perkongsian Nicky yang telah dikongsi di FB Discover Alor Setar (link dibawah)
Perkongsian di Tiktok (link dibawah)
Hasil dapatan perkongsian pengguna di ruangan komen, ramai berkongsi antara destinasi yang menjadi pilihan pelancong dari Thailand yang berkunjung ke Alor Setar ialah Pekan Rabu, Pusat Sains, Muzium Padi dan Muzium Negeri Kedah.
Muzium Negeri Kedah turut mempunyai Bunga Mas @ Golden Flower. Bunga Mas merupakan antara tanda persahabatan Tanah Melayu dan Thailand suatu masa dahulu.
Bunga Mas
Turut menarik perhatian apabila ada yang berkongsi di ruangan komen, pengunjung dari Thailand juga gemar berbelanja di kedai Longwan dan kedai Eco Rm2.40.
Terdapat pelbagai lagi tempat yang boleh dikunjungi sekiranya anda berada di Alor Setar seperti Pekan Rabu (jualan makanan tradisional, medan selera), Pusat Sains Negara Alor Setar, Muzium Padi, Darulaman Rivercruise dll. Boleh rujuk itinerary dan tempat menarik Alor Setar di link di bawah.
Buat pengunjung dari Thailand yang berminat untuk ke Alor Setar, anda boleh menaiki kereta atau keretapi.
1) Kereta - Teruskan perjalanan dari Bukit Kayu Hitam melalui Lebuhraya Utara Selatan dan exit di Tol Alor Setar Utara. Kad Touch n Go diperlukan untuk pembayaran tol kerana tiada kutipan cash di tol. Perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke tol Alor Setar Utara ialah selama 40 minit (43km)
2) Keretapi - Menaiki komuter atau ETS di Station Padang Besar dan turun di Station Alor Setar. Boleh ambil Grab atau teksi untuk ke bandar Alor Setar.
*Kredit: Tiktok Nicky Lim
Comments
Post a Comment