Cadangan Penerbangan ke Pantai Timur dari A/Setar Mendapat Permintaan Tertinggi (SURVEY)

 


Hasil dapatan di FB Discover Alor Setar berkaitan cadangan laluan baharu dari Airport Sultan Abdul Halim (AOR), rata-rata pengikut telah memilih Kuala Terengganu, Kota Bharu & Kuantan sebagai permintaan yang tertinggi. Ini diikuti dengan penerbangan terus dari Alor Setar ke Sabah dan Sarawak. Antara faktor Pantai Timur menjadi pilihan yang dikongsi ialah kerana perjalanan laluan darat yang agak jauh dengan keadaan jalan serta aspek keselamatan buat yang memandu dari Kedah ke Pantai Timur melalui jalan Gerik.

Terdapat juga permintaan di ruang komen agar laluan antarabangsa turut diperkenalkan ke Thailand & Indonesia seperti Hatyai, Bangkok, Medan, Banda Acheh dan sebagainya.

Hasil dapatan survey (Klik untuk lebih jelas)



Lapangan terbang Sultan Abdul Halim terletak 15km dari Bandaraya Alor Setar. Penerbangan antara Kuala Lumpur dan Alor Setar mengambil masa 55 minit ke 1 jam lebih bergantung kepada jenis aircraft seperti Airbus A320, AT72 dan Boeing B738.

Average arrival & departure AOR

Lebih menarik, hasil carian mendapati bilangan
passenger handled di Airport Alor Setar ialah seperti di bawah 

2017 (802,304)

2018 (817,253)

2019 (919,875)

2020 (275,824)

2021 (165,678)

2022 (526,802)

Ini menunjukkan permintaan dan kemampuan untuk menaiki kapal terbang dari Airport Sultan Abdul Halim telah meningkat dari tahun 2017,2018 dan 2019. Keadaan kembali pulih dengan peningkatan permintaan pada tahun 2022. 

Walaubagaimanapun, Airport Capacity (Passenger handled) di airport Alor Setar sebanyak 1,500,000 (Source: MAHB Annual Report 2022) masih mempunyai potensi untuk dicapai sekiranya route baru penerbangan terus dan balik diperkenalkan.

Top 3 routes from AOR (Source: Flightradar24)

Jarak Airport lain dari Airport AOR (Source: Flightradar24)

Pengenalan dan penambahan laluan baru dari AOR akan memberi limpahan kesan ekonomi terhadap penduduk di negeri Kedah. Lebih banyak peluang dan ruang dapat diwujudkan. Usaha ini mungkin turut boleh disertai dengan penambahbaikan dan upgrade fasiliti di Airport Sultan Abdul Halim untuk meningkatkan keselesaan seiring dengan cadangan penambahan laluan baharu.






 


Comments

Popular posts from this blog

Tourist Thailand Pilih Alor Setar

Alor Setar Has Among The World's Most Beautiful Sunsets