Cadangan Penerbangan ke Pantai Timur dari A/Setar Mendapat Permintaan Tertinggi (SURVEY)
Terdapat juga permintaan di ruang komen agar laluan
antarabangsa turut diperkenalkan ke Thailand & Indonesia seperti Hatyai, Bangkok,
Medan, Banda Acheh dan sebagainya.
Lapangan terbang Sultan Abdul Halim terletak 15km dari Bandaraya Alor Setar. Penerbangan antara Kuala Lumpur dan Alor Setar mengambil masa 55 minit ke 1 jam lebih bergantung kepada jenis aircraft seperti Airbus A320, AT72 dan Boeing B738.
2017 (802,304)
2018 (817,253)
2019 (919,875)
2020 (275,824)
2021 (165,678)
2022 (526,802)
Ini menunjukkan permintaan dan kemampuan untuk menaiki kapal terbang dari Airport Sultan Abdul Halim telah meningkat dari tahun 2017,2018 dan 2019. Keadaan kembali pulih dengan peningkatan permintaan pada tahun 2022.
Walaubagaimanapun, Airport Capacity (Passenger handled) di airport Alor Setar sebanyak 1,500,000 (Source: MAHB Annual Report 2022) masih mempunyai potensi untuk dicapai sekiranya route baru penerbangan terus dan balik diperkenalkan.
Pengenalan dan penambahan laluan baru dari AOR akan memberi limpahan kesan ekonomi terhadap penduduk di negeri Kedah. Lebih banyak peluang dan ruang dapat diwujudkan. Usaha ini mungkin turut boleh disertai dengan penambahbaikan dan upgrade fasiliti di Airport Sultan Abdul Halim untuk meningkatkan keselesaan seiring dengan cadangan penambahan laluan baharu.
Comments
Post a Comment