Cadangan Penerbangan ke Pantai Timur dari A/Setar Mendapat Permintaan Tertinggi (SURVEY)
Hasil dapatan di FB Discover Alor Setar berkaitan cadangan laluan baharu dari Airport Sultan Abdul Halim (AOR), rata-rata pengikut telah memilih Kuala Terengganu, Kota Bharu & Kuantan sebagai permintaan yang tertinggi. Ini diikuti dengan penerbangan terus dari Alor Setar ke Sabah dan Sarawak. Antara faktor Pantai Timur menjadi pilihan yang dikongsi ialah kerana perjalanan laluan darat yang agak jauh dengan keadaan jalan serta aspek keselamatan buat yang memandu dari Kedah ke Pantai Timur melalui jalan Gerik. Terdapat juga permintaan di ruang komen agar laluan antarabangsa turut diperkenalkan ke Thailand & Indonesia seperti Hatyai, Bangkok, Medan, Banda Acheh dan sebagainya. Hasil dapatan survey (Klik untuk lebih jelas) Lapangan terbang Sultan Abdul Halim terletak 15km dari Bandaraya Alor Setar. Penerbangan antara Kuala Lumpur dan Alor Setar mengambil masa 55 minit ke 1 jam lebih bergantung kepada jenis aircraft seperti Airbus A320, AT72 dan Boeing B738. Average arrival &